By : Chha
Aik, awat nama pelik ni .. haha, harap-harap hang pa tak kisah noh, logat kedah saya ni pekat sikit, haha ! La ni saya nak perkenalkan tempat makan ni yang terletak kat tepi salah satu longkat kat area Bayan Baru. Dah lah nama Char Koay Teow Parit / Longkang, lokasi pun tepi longkang .. ! Agak-agaknya macam ni kot mereka dapat nama Char Koay Teow Parit ni .. Tapi jangan main-main, walaupun lokasi tepi Longkang tapi Char Koay Teow Basah mereka sedap !
Satu pinggan Koey Teow harganya RM 4.00 untuk yang kecil dan RM 6.00 untuk yang besar. Tapi saya rasa besar dan kecil tak ada beza pun, cuma udang je yang lebih .. Udang dalam Koey Teow nak kata besar, tak lah besar sangat, sederhana je .. tapi rasa Char Koay Teow Basih di sini, sedap ! Bagi siapa-siapa yang kerja dekat area Bayan Baru, Bayan Lepas tu boleh lah mai sini makan malam, lagipun gerai Uncle Lanz ada kat tepi je .. yang penting HALAL !
Rating :
Food : 7/10
Environment : 6/10 (Hawker Stall)
Service : 7/10
Hygiene : 6/10 (Hawker Stall)
Price : 5/10
Waktu Beroperasi :
Selasa - Sabtu
8.30 pm - 5.00 am
Alamat :
Koay Teow Basah Parit/Longkang
Jalan Mahsuri, Bayan Baru
11900 Bayan Lepas,
Penang.
GPS Coordinate :
5.326606, 100.291982
Peta :
Posted Date : 28 June 2018
Posted Time : 12.45 pm
X akan datang balik. Ni kali pertama dan terakhir. Dah catat order kami masih boleh lupa buat. bila tanya macam mana bole lupa, xde beri sebab atau minta maaf langsung. Char kuey teow dia pun overrated, xde sedap mana pun.
ReplyDeleteKualiti servis dan makanan padan la dgn nama dia. Longkang