By : Chha
Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat kita. Ayam Brand™ mengambil inisiatif pada waktu musibah ini untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan dengan mewujudkan satu konsep yang amat istimewa iaitu dengan mewujudkan pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan.
Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru. Sebagai contoh, di Kedah, Pusat Jagaan Insan Kesayanganku di Taman Mahsuri meneraju usaha membantu komuniti setempat dengan menguruskan pantri istimewa #AyamWithYou ini.
Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk akan menerima maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati.
Inisiatif pantri ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk dari Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa yang amat laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti.
Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu.
Tahun ini Ayam Brand™ tidak lupa untuk membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti.
Kakitangan Ayam Brand™ turut menghebahkan mengenai pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’ ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut.
Salah satu lokasi tumpuan pantri makanan #AyamWithYou terletak di No 852, Taman Mahsuri (Jasmina) 06000 Jitra, Kedah. Selain Jitra Kedah, setiap negeri di seluruh Malaysia mempunyaan lokasi pantri makanan yang tersendiri seperti senarai di bawah.
π Terengganu: Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Hijrah
π Pahang: Baitul Husna Bukit Sekilau
π Kelantan: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan
π Kedah: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku
π Penang: Persatuan Kebajikan Anak-Anak Islam
π Perlis: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Terug Perlis
π Johor: Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru
π Negeri Sembilan: Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan
π Sabah: Rumah Anak Kesayangan
π Sarawak: Rumah Amal Nur Murni
π Selangor: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah
π Kuala Lumpur: Anjung Singgah
π Perak: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh
Jadilah sebahagian daripada usaha murni ini dalam memberi dan menerima barang keperluan ini. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou ini sila layari https://www.ayambrand.com.my.
Posted Date : 07 June 2020
Posted Time : 12.41 pm
Comments
Post a Comment