By : Chha
Ingin mencuba jenis masakan yang berlainan selain daripada masakan Melayu, restaurant China Muslim CMR 3.0 yang terletak di D'Piazza Mall, Bayan Baru, Penang menghidangkan perbagai masakan ala Cina.
Sekiranya makanan Cina adalah sesuatu yang baru untuk anda, maka anda akan merasakan bahawa semua jenis masakan di China Muslim Restaurant ini adalah lain dari yang lain. Pada pendapat saya, masakan di China Muslim Restaurant ini sama seperti masakan yang terdapat di restaurant Cina yang lain, tetapi apa yang berbeza adalah, di China Muslim Restaurant, makanannya semuanya HALAL !
Di sini anda boleh memesan makanan secara ala carte mengikut cita rasa masing-masing. Di China Muslim Restaurant ini, terdapat banyak jenis lauk yang sedap yang anda boleh pilih. Saya tengok menu lauk restaurant ini pun saya rasa pening, banyak sangat lauk yang boleh di pilih dari menu.
Terdapat masakan Ayam, Laut, Sayur-sayuran, Soup dan sebagainya. Bukan setakat itu sahaja, setiap masakan ini terdapat rasa yang berlainan pula, contoh seperti Xi Chuan Isi Ayam Pedas, Ayam Goreng, Yam Ring Dengan Ayam dan banyak lagi.
Apa yang saya suka tentang China Muslim Restaurant ini adalah saiz hidangan makanannya yang sederhana, cukup untuk di makan dan tidak membazir, keadaan restaurant yang selesa dan bersih.
Rating :
Food : 7/10
Environment : 8/10
Service : 7/10
Hygiene : 8/10
Price : 6/10
Operating Hour :
Daily
11.00 am - 3.00 pm
5.30 pm - 10.00 pm
Telephone :
+6 04 - 2407286
Address :
70-1-12 D'Piazza Mall,
Jalan Mahsuri,
11950 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.
GPS Coordinate :
5.326844, 100.282563
Map :
Posted Date : 02 June 2020
Posted Time : 2.55 pm
Comments
Post a Comment