By : Chha
Well, eating malay and halal food is not something new for piglets, but this is the first ever post by piglets that features malay food. Since this is a malay food, piglets thought that, maybe we can do this a little different this time. Blogging in Bahasa Malaysia .. hahaha !
Ok, here goes ...
Kali ni kami bawa korang ke bahagian utara Malaysia pula ya .. tapi untuk post blog kali ni kami nak guna sikit logat KL, haha ! walaupun asalnya kami ni orang utara .. sepatutnya logat utara tu pekat .. haha ! Tapi tak pe lah .. kami cuba ubah-ubah sikit cara tulis blog ni .. haha !
Restoran yang kami nak perkenalkan ni, namanya Original Soup kat Sungai Petani. Masa kami tanya waitress kat sana, mereka kata kedai tu dah lama niaga kat sana, sejak dari March 2014. Tapi kami tak perasan pun sampai 10 October 2014 yang lalu bila kami pergi mencari makanan dekat kawasan Taman Ria Jaya, Sungai Petani baru nampak.
Apa yang kami suka tentang restauran ni adalah, mereka jual nasi arab .. sejak dari zaman sekolah lagi kami memang dah selalu mencari-cari tempat untuk makan nasi arab .. haha .. kena sekali .. tiap hari mencari .. hahaha ! Misi mencari nasi arab ni bermula dari D'Arab Cafe, KL .. sampai lah ke Restoran Qasar Hadramawt, Bukit Mertajam dan sekarang Restaurant Original Soup, Sungai Petani .. memang best lah semua nasi arab yang kami pernah cuba, tapi yang ruginya, baru kali ni kami terfikir nak tulis blog ni .. tapi tak pe .. ni gambar-gambar yang kami tangkap kat Restaurant Original Soup.
Selain nasi, restaurant ni juga ada jual Bihun dan Sup.
Sup Tulang ada, Sup Ekor pun ada ..
Air Limau
White Coffee
White Coffee ni memang sedah ! Tak tau lah, kopi jenis apa yang mereka guna, tapi rasanya memang best ! Lain dari kopi yang kami pernah minum kat kedai lain ..
Nasi Maqlubah Ayam
Saiz ayam untuk nasi-nasi kat sini besar-besar, makan sampai letih tangan .. haha !
Nasi Mandhy Ayam
Salatoh Arabiah
Selain nasi arab ayam, boleh juga pilih kambing, siakap dan daging.
Restaurant ni juga menyediakan perkhidmatan catering untuk semua majlis yang berkaitan seperti yang tertulis kat gambar atas ni. Jadi untuk sesiapa yang berminat, boleh hubungi nombor-nombor kat bawah ni untuk tempahan atau maklumat lanjut.
Tel : 019-4811490, 012-5781801, 019-2205781
Alamat : Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah
Yang penting makanannya HALAL !!
Posted Date : 16 October 2014
Posted Time : 11.53 pm
Comments
Post a Comment