Ombak Kitchen @ Bangsar, Kuala Lumpur

By : Joeann

Nikmati hidangan makanan laut Cajun yang terhebat bersama kami di Ombak Kitchen, dengan kesegaran yang tiada tolok bandingannya serta harga yang amat berpatutan ! Dengan hiasan dalaman yang sedap mata memandang serta cukup selesa untuk anda sekeluarga, Ombak Kitchen gerenti anda akan pulang tersenyum lebar ! Kata orang, dah kenyang perut, sukalah hati !







Lupakan segala peraturan ! Memang betul ! Ketuk, tumbuk dan hentuk samahunya dan berjimbalah seperti tiada yang melihat. Kita makan cara lama, tanpa peraturan serta pantang larang. Tiada sudu garpu, tiada aturan yang harus dituruti. Gunakan sahaja tangan anda untuk menikmati kesegaran makanan laut yang disaluti sos istimewa penuh aroma yang bakal membawa anda ke dimensi berbeza ! Di sini anda akan jadi lebih mamahami maksud 'sedap sampai menjilat jari' dan size hidangan makanan laut di sini adalah besar, anda pasti akan pulang dengan perut yang kenyang.


Ikut Cara Anda ! Beritahu sahaja Ombak Kitchen apa yang anda hajatkan dan Ombak Kitchen akan pastikan samunya dilakukan dengan terbaik untuk anda ! Pilih sos mana yang sesuai dengan citarasa anda, di sini terdapat sos seperti :
  • Signature Ombak Crazy Cajun Sauce : Untuk Spice Adventurers
  • Creamy Butter Milk Sauce (Recipe rahsia terbaik buatan Ombak Kitchen) : Creamy but gentle on your taste buds
  • Cheesy Zesty Lemon Butter Sauce : Mild and Flavourful minus the spice
  • Creamy Tom Yam Sauce : When East meet West (Blanc of both Flavor)
  • Peranakan Seri Nyonya Sauce : Creamy and little Spicy


Prinsip Ombak Kitchen adalah waktu makan sebenarnya waktu untuk kita merehatkan minda dan menenangkan jiwa. Ianya lebih dari sekadar makanan yang dihidangkan. Apa yang lebih penting ialah pengalaman yang meninggalkan impak di lubuk rasa. Dengan hiasan dalaman Ombak Kitchen yang menarik bertemakan laut dan pekerja yang peramah dan sedia membantu, pasti anda akan merasai sensasi penuh kegirangan yang mustahil untuk anda lupakan.


Ombak Kitchen memberi fokus kepada masakan makanan laut jadi jenis hidangan yang terdapat di sini kebanyakannya adalah dari makanan laut yang segar, and boelah pesan makanan dari salah satu dari kombo Ombak Kitchen atau dari menu ala carte. Terdapat juga minumam Mocktails dari senarai makanan yang disediakan, maka rasai kehebatan rasa minuman ciptaan Ombak Kitchen yang pastinya satu dalam beribu ! Dihidangkan dalam gelas yang menarik hati. Untuk melengkapkan pengalaman anda menjamu selera di Ombak Kitchen, anda juga boleh merasakan hidangan pencuci mulut artisan Ombak Kitchen 'Signature Ombak Rainbow Dessert' yang penuh rona-roni ! Dengan pelbagai jenis manisan yang membuat anda terawang di udara dan buah-buahan segar yang merehatkan deria rasa. Semuanya dibawa secara eksklusif ke meja anda. Tidah cukup dengan itu ? Ombak Kitchen taburkan pula marshmallow dan durian crepe dan sudahi dengan titisan coklat yang pastinya membuatkan anda tidur tidak lena ! Sugar Rush !

Mengapa anda perlu mencuba makanan di Ombak Kitchen ?

Kaedah Memasak :


Di Ombak Kitchen, mereka tidak memasak makanan laut mereka menggunakan kaedah goreng wok fried atau deep fried, sebaliknya mereka menggunakan kaedah mendidih atau mengukus, sebab kaedah ini akan dapat mengekalkan kesegaran dan keaslian rasa makanan laut. Ia juga merupakan cara yang lebih sihat untuk menyediakan hidangan istimewa Ombak Kitchen.


Makanan laut :


Di Ombak Kitchen mereka mengutamakan pengunaan Ketam Hidup dari pengunaan Ketam Beku. Perbezaan antara Ketam Hidup dan Ketam Beku adalah daging ketam hidup adalah lebih segar dan rasa asli ketam tersebut apat dipelihara. Ia juga akan mempunyai lebih bayak isi penuh di bahagian dalam. Sementara untuk Ketam Beku pula, dagingnya tidak begitu segar dan sangat sedikit rasa asalnya yang akan tinggal di dalamnya, apatah lagi, saiz daging juga menyusut.


Udang :


Di Ombak Kitchen, mereka hanya menyediakan Udang yang bersize 'Extra' besar.


Hamaguri Clams :


Kerang yang digunakan oleh Ombak Kitchen adalah diimport dari Jepun kerana kerang Jepun mempunyai lebih banyak daging berbanding kerang tempatan. Mereka juga menghidangkan makanan laut yang di import seperti Alaskan King Crab, Canadian Red Lobster dan banyak lagi.


Bahan-bahan :


Di Ombak Kitchen, mereka menyajikan 5 jenis sos yang berbeza menggunakan hanya Sauce Barat seperti Perasa Cajun, Perasa Old Bay dan banyak lagi. Semua sos mereka dimasak menggunakan 100% mentega tulen dan bukan minyak masak. Sebab utama adalah kerana mereka ingin menyediakan makanan yang lebih berkualiti serta untuk meningkatkan dan mengekalkan keaslian rasa pada makanan yang disediakan.


Nasi Berkualiti :


Orang Malaysia ni, kalau tak makan nasi rasa macam tidak puasa makan. Jadi di Ombak Kitchen mereka juga menyediakan nasi yang dimasak mengunakan jenis beras wangi yang berkualiti tinggi dan bukan beras biasa.


Minuman :


Selain minuman berasaskan kopi, mereka juga menyajikan minuman yang mengikut trend terkini seperti Bubble Tea yang terkenal dan pelbagai jenis Mocktails.


Makanan yang disediakan di Ombak Kitchen adalah HALAL.


Waktu Operasi :

Setiap Hari
12.00 pm - 10.30 pm

Nombor Telefon :

010 - 2165946

Alamat :

Ombak Kitchen Bangsar
12, Lorong Ara Kiri 2,
Bangsar, 59100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Koordinat GPS :

3.127448, 101.669705

Peta :




Posted Date : 18 February 2020

Posted Time : 4.03 am

Comments

Jay Travel

Jay Sports