By : Chha
Hari tu, duk sambil makan sambil sembang dengan member, member ni dia perkenalkan Kacang Pool kat saya. Saya yang tak pernah dengar apa tu Kacang Pool pun pi lah google apa benda tu. Sekali nampak ada orang comment kata kalau mai Johor Bahru tak perkena Kacang Pool memang tak sah lah trip ke Johor Bahru ni. Apa lagi ? Saya yang kuat makan ni pun pi lah Johor cari Kacang Pool yang netizen kata must try ni.
Restoran yang saya pi ni adalah Restoran Kacang Pool Haji, kalau tengok rating kat google pun tinggi dan comment semua baik baik, tunggu apa lagi ? saya pun masuk lah makan !
Kacang Pool Kambing RM 10.00
First of all, of course mesti lah order Kacang Pool. Di Restoran Kacang Pool Haji depa ada dua jenis Kacang Pool, satu yang guna Kambing dan satu lagi Daging. Yang saya order tu, Kacang Pool Kambing. Memang betul lah apa yang orang kata, Kacang Pool kat Restoran Kacang Pool Haji ni best ! Sedap .. Jadi apa Kacang Pool ni ? Dia sebenarnya di hidang dengan semangkuk kuah yang nampak macam kuah satay dan di makan dengan sepinggan roti. Kita ambil roti tu dan celup dalam kuah tu lepas tu, makan. Dalam mangkuk kuah tu pula, ada telur, kambing, limau, kacang bakar dan bawang merah. Rasanya sikit macam kuah satay, kecuali kacang dia lembut sikit sebab guna kacang bakar, daging kambing pula di cincang, jadi daging kambing dalam kuah tu lembut. Rasa daging kambing tu kuat mungkin sebab depa masuk banyak daging kambing dalam tu kot. Roti pula di bakar sikit jadi dia tak lembut, rasa ranggup ranggup sikit. Kacang Pool Kambing ni, highly recommended ! Mesti cuba ..
Lontong Basah RM 5.00
Saiz Kacang Pool Kambing di sini besar, tapi kalau hangpa macam saya kuat makan, sepinggan Kacang Pool Kambing memang tak cukup, jadi saya ada order juga Lontong Basah. Boss Restoran Kacang Pool Haji tak kedukut, bagi kuah Lontong tu sampai banjir pinggan, saiz lontong tu pun besar, puas makan ! Kuah dia creamy dan cukup rasa.
Nasi Goreng Kampung RM 6.00
Kalau kita tengok menu kat Restoran Kacang Pool Haji ni banyak makanan boleh order, jadi saya pun tambah lah satu pinggan lagi Nasi Goreng Kampung, biaq makan sampai buncit perut.
Jus Apple RM 4.00
Jus Orange RM 4.00
Cuaca Malaysia yang panas ni, kalau perkena Jus Buah, memang puas ! Makan kat Restoran Kacang Pool Haji ni, best .. Layanan bagus, tak perlu tunggu lama, makanan hidang dengan cepat. Gerenti Puas Hati .. Makanan yang paling saya suka kat Restoran Kacang Pool Haji ialah Kacang Pool Kambing dan Lontong Basah. Lain kali kalau ada peluang lagi, pasti saya mai balik restoran ni makan dua makanan ni.
Menu :
Rating :
Food : 9/10
Environment : 8/10
Service : 8/10
Hygiene : 7/10
Price : 6/10
Operating Hour :
Setiap Hari
7.00 am - 12.00 am
Address :
Jalan Sabar,
Taman Dato Onn,
80350 Johor Bahru,
Johor
Telephone :
+6 013 737 7997
GPS Coordinate :
1.490707, 103.751531
Map :
Posted Date : 05 January 2022
Posted Time : 9.50 pm
Comments
Post a Comment