Ulangtahun Rapid Penang Ke-16 Disambut Meriah | Rapid Penang Fun Walk

By : Chha

Lautan biru sekitar Georgetown lebih 300 peserta Rapid Penang Fun Walk.


Bersempena dengan ulangtahun pengoperasiannya yang ke-16, Rapid Penang telah menganjurkan program Rapid Penang Fun Walk 2023. Bertempat di Taman Bandar Arkeologi Sia Boey semalam, acara tersebut telah menarik penyertaan lebih daripada 300 orang peserta yang terdiri daripada warga Pulau Pinang serta kakitangan.



Selain daripada menyemarakkan ulangtahun ke-16 berkhidmat kepada warga Pulau Pinang, acara tersebut juga adalah sebagai merapatkan hubungan dengan orang ramai dan menghargai penumpang setia serta menekankan komitmen Rapid Penang untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik di Pulau Pinang.

Acara tersebut turut disertai oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Dato’ Ir Rajendran P. Anthony, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd En. Muhammad Yazurin Sallij Muhammad Yasin, Ketua Wilayah Utara Rapid Bus Sdn Bhd En Ahmad Shabuddin Abdullah dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang En. Harry Chai Heng Hua.




Di dalam ucapannya, Dato’ Ir Rajendran berkata, “Saya ucapkan tahniah kepada Rapid Penang diatas penganjuran acara ini. Saya amat percaya penganjuran program seperti ini merupakan suatu galakan dan kesedaran mengenai kepentingan melakukan aktiviti sihat, sekali gus meningkatkan kesihatan dan produktiviti kepada syarikat dan negara.” En. Muhammad Yazurin berkata, “Melalui program ini, diharap hubungan antara Rapid Penang dan para penumpang dapat dieratkan kerana kami menganggap para penumpang adalah sebahagian daripada keluarga besar Rapid Penang ini sendiri. Kami berbesar hati kerana terus diberi kepercayaan untuk berkhidmat kepada warga Pulau Pinang.”





Rapid Penang Fun Walk 2023 kali ini telah menawarkan sebanyak 20 hadiah cabutan bertuah yang menarik kepada para peserta. Hadiah utama bagi cabutan bertuah berupa sebuah basikal lipat telah dimenangi oleh adik Muhammad Aakif Zulfan Bin Mohd Shukor, yang juga memenangi pertandingan pakaian terbaik kategori kanak- kanak. Kategori pakaian terbaik dewasa telah dimenangi oleh Zarina Binti Muda.


Para peserta Rapid Penang Fun Walk 2023 juga telah disajikan dengan persembahan tarian tradisional, persembahan boria dan persembahan dram. Rapid Penang juga meraikan para peserta dengan 500 kon aiskrim, 50 lukisan inai dan 100 minuman secara percuma kepada peserta yang terawal.

Posted Date : 23 August 2023
Posted Time : 10.55 pm

Comments

Jay Travel

Jay Sports